Abang memakai baju Utraman. Angah juga mahu memakai baju Ultraman. Baju ultraman angah tidak ada, yang ada hanyalah baju Ben 10 dan baju Batman.
Disuruhnya juga ayah mencari baju Ultraman untuknya. Ayah menyelak-nyelak baju yang dikutip petang tadi mengikut kehendaknya. Memang tidak ada bajunya. Jadi, dia tidak memakai baju. Sebelum itu pun, seluar bercorak celoreng askar yang disarungkan ayah dicabutnya kerana dia mahu memakai seluar trek seperti abang. Mujur ada seluar trek yang hampir sama.
Sekarang waktu dia mahu segalanya seperti abang. Banyak baju yang sama warna, sama corak dan sama gambar.
Akhirnya, dia datang dekat ayah dan menyatakan bahawa dia mahu memakai baju Ben 10 sekejap sahaja. Dia tertidur dengan memakai baju itu kemudiannya.
Translate
Saturday, September 17, 2016
Sama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dua Lapis
Apabila buka saja sekolah, hari kedua timbul rasa stres Ayah. Kata adik, "Ayah stres, tapi benda tu buat kita belajar!" D...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment