Emak cakap ayah jadi lain apabila berurusan dengan orang lain. Ayah pun teringat pada zaman dahulu kerana opah menegur ayah tentang perkara yang sama.
Waktu itu waktu makan tengah hari. Ayah melayan budak perempuan itu yang sebaya dengan adik ayah semasa makan tengah hari. Waktu itu opah cakap kalau anak orang lain boleh dilayan dengan baik, sepatutnya adik sendiri pun dilayan dengan baik.
Ayah berfikir dan mendapati perkara itu benar. Misalannya, waktu pagi apabila terlambat selalunya anak-anak dan emak tidak mendapat layanan yang sepatutnya kerana kesuntukan masa dijadikan alasan. Masa tetap berjalan sama ada kita cepat atau lambat. Kita perlu berlaku adil terhadap semua orang.
Ayah baru terjumpa kata- kata John Locke, setiap bapa yang mahu dihormati dan dipatuhi oleh anak-anaknya harus menghormati anak itu dan Theodore Hesburgh pula berkata bahawa perkara paling penting yang boleh dilakukan oleh seorang bapa untuk anak-anaknya ialah menyayangi ibu mereka.
Ayah dan ayah-ayah yang lain ada contoh yang hebat untuk diikuti dan dijadikan suri teladan dalam melayani keluarga, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Translate
Wednesday, September 21, 2016
Lain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment