Pagi ini juga Cenang tenang. Malamnya Cenang seperti seakan tidak mahu tidur. Paginya aktiviti lebih bertumpu di pantai.
Malam tadi masa dihabiskan di sini. Cenang begitu sibuk melayan tetamu di kaki lima mahupun di dalam perut kedai. Masing-masing menjamu mata, menjamu selera dan menjamu kehendak. Pelbagai bangsa dari benua yang ada berada di sini.
Sebut pasal benua, ada satu peribahasa yang berbunyi seperti burung gagak pulang ke benua. Maknanya orang pulang merantau jauh yang tidak bertambah pengetahuannya.
Sebelum kita ke mana-mana atau sebelum kita pergi 'bangsat', kita perlu ada misi atau matlamat yang jelas, barulah apabila pulang semula kita akan membawa pembaharuan atau perubahan yang lebih baik dan bertambah pengetahuan. Orang Kedah sebut 'bangsat' yang membawa maksud merantau atau mengembara.
Ayah mengharapkan anak-anak ayah dapat sesuatu di tanah Mahsuri. Pagi ini mereka masih keletihan dan ayah masih memerhati ke arah luar tingkap. Cenang telah memulakan langkahnya kembali.
Translate
Tuesday, September 13, 2016
Benua
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hidup
Hari yang keempat, anak-anak terus tekun di dewan menjawab soalan penulisan, di luar hujan masih berterusan. Legasi dan semangat y...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Sireh pinang di dalam puan, Untuk hidangan putera perkasa, Selamat jalan duhai pahlawan, Tabah hatimu semangat waja. Ini sebahagian lirik Si...
No comments:
Post a Comment