Hari ini hari penghulu segala hari. Hari ini Hari Malaysia. Hari ini juga kita dikejutkan dengan berita sedih, tokoh agama, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah meninggalkan alam ini. Al-Fatihah untuknya.
Sebentar tadi adik mengaduh kesakitan diserang semut-semut gatal yang merayap. Tergaruk-garuk dia dibuatnya. Abang yang duduk di atas kerusi malas tiba-tiba bersuara, "Selamat Hari Malaysia." Dia mengajuk cakap tukang baca berita di televisyen.
Selepas solat Jumaat, kami bergerak balik dan singgah di kampung melawat emak saudara dan nenek serta yang lain. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan. Bendera Malaysia besar terus berkibar sewaktu di lebuh raya.
Hidup ini penuh dengan warna-warni. Warna-warna ini melambangkan banyak perasaan. Perasaan-perasaan ini yang mewarnai hidup kita selagi bernafas.
Translate
Friday, September 16, 2016
Warna-warni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pedoman
Cuaca agak sejuk pagi ini kerana malam tadi hujan lebat dan moga dapat meredakan sedikit jerebu yang datang dari jauh tak diundang. ...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment