Ayah terlelap di bilik abang. Emak mengemas baju untuk dibawa balik ke kampung. Abang menonton ultraman. Adik ke hulu ke hilir. Kawasan dalam rumah seperti taman permainan bagi adik.
Tiba-tiba emak datang mengejut ayah. Emak cakap pergi tengok di dapur. Ada yang telah main beras. Ayah ingat adik sebab tempat simpan barang di bawah sinki dan di bawah dapur jika terbuka, adik pasti ke situ.
Rupa-rupanya angah. Dia berdiri di atas kerusi yang dirapatkan ke singki. Penuh periuk sehingga melimpah beras yang dituang ke dalam periuk di dalam singki. Dia tengah meramas-ramas beras yang dipenuhi air di dalam periuk.
Mahu masak nasi kata 'chef kecil' kepada ayah.
Translate
Saturday, September 10, 2016
'Chef Kecil'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senja Pulang
Kuterpegun di jendela, Bila hujan gerimis senja, Tak kulihat di hadapanku, Diriku dalam lamunan. Sedikit petikan 'Gerimis Senja'...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment