Pagi ini anak-anak masih keletihan,pagi semalam mereka bermain air di kolam yang menghadap pantai Cenang.
Mereka memanjat gelongsor dan menggelongsor terus ke dalam air. Abang dan Aidiladha tidak mempedulikan sejuk air dan keriangan terpancar di bawah mereka. Ayah merendam adik ke dalam dan kaki digerak-gerakkan.
Emak berenang sambil membawa angah ke tempat yang sedikit dalam. Anak-anak yang lain pun sama. Masing-masing menunggu giliran untuk menggelongsor ke dalam air. Kolam air ini setentang dengan calet kayu dan terdapat calet yang menghadap Cenang.
Ayah membawa adik ke pantai. Ayah duduk di atas pasir dan menunggu ombak yang bergulung datang menyergah. Adik agak terkejut apabila ombak melanggar dia yang di dalam pelukan ayah. Ayah bergerak dirempuh ombak.
Kemudian, dia seperti menunggu sahaja ombak kembali. Dia mengecap bibir. Air memercik ke mukanya. Mungkin dia merasai kemasinan air laut.
Pacuan empat roda bergerak perlahan membawa jet ski. Kelihatan dari jauh, aktiviti 'parasailing' bermula. Bendera Kedah dan Malaysia berkibar semakin laju ditiup angin.
Di pantai Cenang semua bersenang-lenang menikmati keindahan alam.
Translate
Wednesday, September 14, 2016
Masin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment