Malam minggu di Kuantan ada macam-macam. Dari pandangan mata helang, nampaknya Kuantan sangat bercahaya.
Malam minggu di Kuantan di Menara 188 malam ini meraikan anak-anak Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Berasrama Penuh se-Malaysia. Masing-masing segak dan cantik dengan busana. Di luar menara yang bercahaya, macam-macam yang ada. Di atas jalan utama nampaknya cahaya tak putus-putus dan tatkala berpaling, dari kejauhan terlihat Kuantan yang bertukar-tukar cahaya dan sesekali bot malam melintas. Bulan 14 Rabiulakhir nampak penuh dan sesekali juga hilang ditelan awan, kemudian muncul diluah kembali. Ke seberang jalan, Kuantan Art Street diberi namanya, memeriahkan malam dengan pengunjung dan penjual di samping menikmati kreativiti grafiti. Hujan sepertinya mahu turun dan kata-kata pejuang tanah air, pahlawan Mat Kilau di dinding harus sering direnungkan, "Jangan sampai bangsaku tiada negara."
Malam bercahaya, bukan saja untuk dinikmati malah mengajar banyak perkara untuk direnungkan sebagai pelajaran serta pengajaran. Nikmati malam untuk faham lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment