Translate

Wednesday, September 23, 2026

Tepat

Membaca boleh menjadi perkara yang menyeronokkan apabila sudah menjadi kebiasaan. Untuk menjadi kebiasaan, sudah tentu perlu diulang-ulang dan kadangkala melalui paksaan juga boleh menjadi kebiasaan.
         Membaca itu boleh jadi membaca pengalaman, boleh jadi membaca khayalan, boleh jadi membaca rekaan, boleh jadi membaca kajian, boleh jadi membaca teori, boleh jadi membaca mimpi, boleh jadi membaca alam, boleh jadi membaca manusia itu sendiri dan banyak lagi. Tujuan pula, ada yang hanya membaca untuk tahu, ada yang membaca untuk periksa, ada yang membaca untuk belajar sesuatu, ada yang membaca mengisi waktu, ada yang membaca dengan matlamat tertentu dan ada banyak lagi yang lain.
        Membaca sedikit atau banyak bergantung kepada kita. Yang sangat penting ialah kita faham dan jelas dengan apa-apa yang dibaca supaya kita tak salah faham atau menimbulkan salah faham dan dapat menyampaikan maklumat yang tepat apabila diperlukan atau apabila mahu berkongsi dengan orang lain.

No comments:

Tepat

Membaca boleh menjadi perkara yang menyeronokkan apabila sudah menjadi kebiasaan. Untuk menjadi kebiasaan, sudah tentu perlu diulang-ulang d...