Minggu ini kita sambut Merdeka dan cuti sekolah pun hampir sudah ke penghujung, sudah Jumaat hari ini.
Cuti Merdeka dan cuti sekolah menjadi saat yang dinantikan oleh ibu bapa dan anak-anak yang tinggal di asrama terutamanya. Berehat daripada urusan kerja sebentar dan melepaskan lelah menelaah pelajaran serta meninggalkan jadual yang padat sekejap satu nikmat yang sangat besar. Pelbagai aktiviti yang dirancang dan inilah juga masanya untuk mengurus perkara yang sepatutnya di dalam rumah dan di luar rumah. Ke pantai bersama-sama untuk bermain air itu juga saat yang dinantikan anak-anak dan tatkala sampai di pantai, begitu meriah sekali. Pantai tak pernah menjemukan kita dengan pandangan biru dan hijau sejauh mata memandang ditambah dengan angin yang sentiasa menyambut mesra serta hadiran ombak membelai pantai (eh, ini lirik lagu Alleycats, Suara Kekasih). Atuk dan Opah ditemani Mama melihat cucu-cucu bermain air dari jauh dan pengawas yang bertugas untuk memantau sudah tentu Papa, Baba dan Mama.
Merdeka itu membuatkan kita bebas ke mana-mana saja untuk tujuan yang murni. Dalam masa yang sama, merdeka seharusnya kita isi dengan kesyukuran serta kesedaran dalam menjaga alam yang indah ini supaya kekal lestari menjadi milik kita dengan berpegang pada Prinsip Rukun Negara.
No comments:
Post a Comment