Translate

Saturday, September 5, 2026

Kesan

Dalam tempoh tiga atau empat hari ini, Ayah sempat menonton tiga filem 'Back to the Future'.
      Dalam filem yang ketiga, Marty merentas masa ke masa silam, iaitu zaman 'Cowboy', mencari kembali Dr. Emmett. Nampaknya, pada zaman itu, ada yang lebih suka menyelesaikan masalah menggunakan senjata.  Sebentar tadi pula, Adik mengajak Achik main tembak-tembak. Dia mengacukan pistol mainan ke arah Achik dan Achik terpaksa berpura-pura jatuh setelah terkena tembakan. Ayah pun mengusik, "Achik dah pengsan kena tembak. Achik tengah sidai baju, Adik  ajak dia main. Sekarang, Adik kena ganti Achik sidai baju." Adik pun mengeluarkan senjatanya yang baharu, iaitu air mata sebagai tanda tidak mahu menyambung kerja  itu. Ayah hanya ketawa melihat telatah mereka.
       Dalam dunia sebenar, kita mesti sedar bahawa ada perkara yang mesti kita fikir panjang sebelum tindakan lanjut dan sewajarnya diambil. Semalam, hari ini dan esok sentiasa berkait dan memberikan kesan untuk kita fikirkan. 

No comments:

Kesan

Dalam tempoh tiga atau empat hari ini, Ayah sempat menonton tiga filem 'Back to the Future'.       Dalam filem yang ketiga, Marty me...