Translate
Friday, February 28, 2025
Mengisi Ruang
Friday, February 21, 2025
Jaga Sama-sama
Sunday, February 16, 2025
Sedang Menanti
Lepas maghrib, Ayah suruh Angah keluarkan sambal belacan yang dibuat Opah yang ada di dalam peti ais. Kemudian, Ayah suruh Angah panaskan tomyam.
Selepas itu, Ayah bau sesuatu, rasanya bukan bau tomyam yang bertebar. Ya, bau sambal belacan! Yang dipanaskan Angah di dalam ketuhar bukanlah tomyam tapi sambal belacan. Ayah tak pasti, Angah salah dengar atau Ayah yang salah cakap. Sebelah petang lepas Jumaat, bawa pergi gunting rambut, agak lama kena tunggu, banyak orang, itu tanda sekolah dah nak buka. Pagi pula ke sekolah baharu Angah, dengar taklimat dan urusan koperasi. Khamis, 13 Februari sudah berlangsung mesyuarat, tak ada lagi suara orang lama yang banyak pengalaman — Cikgu Hamdan dan Cikgu Nasir yang baru bersara. Sabtu sampai, uruskan Angah dan Adik. Ahad, cuti terakhir, Along pun sudah balik, persiapan terakhir persekolahan bermula dengan melekatkan lencana. Dalam Buku Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi, kata Emily Dickinson, "Kerana yang berlalu itu tidak akan kembali, maka hidup ini menjadi sangat indah."
Yang lalu sering dikenang, setiap saat yang datang ialah masa sekarang dan masa depan. Tetaplah dikenang walau manis, walau pahit cuba untuk dilupakan, kedua-duanya tetap mengajar kita menjadi lebih kental dalam mengharung cubaan kerana sesuatu yang indah sedang menanti kita, Insya-Allah.
Wednesday, February 12, 2025
Pasti Menyusul
Saturday, February 8, 2025
Sentiasa Istimewa
Cucu-cucu di rumah, banyaklah Opah memasak selain baulu, karas dan peneram yang ditempah orang. Penuh meja tatkala semua makan.
Ada yang mahu makan laksa, semalam sebelum ke bandar, Opah sudah siapkan awal-awal. Pagi ini Ayah dan Angah habiskan laksa. "Daun kesum tak ada," beritahu Opah. Daun kesum tak ada tapi tetap sedap sebab ada bunga kantan. Macam biasa, Ayah campurkan dengan kicap Mudim yang pekat ke dalam kuahnya. "Kicapnya macam dekat Makkah," kata Angah. Cikgu Amir pun dah tahu rasanya macam mana apabila laksa campur kicap. Kuih koci pun ada pagi ini selain nasi goreng yang ada hampir setiap hari. Ayah ke dapur, tengok ada solok lada. "Makan dengan nasi," kata Opah. Tok Pah pun suka solok lada," tambah Opah lagi. Jika Tok Pah masih ada, pasti Opah sudah turun ke rumah Tok Pah hantar solok lada.
Makan dan makanan boleh buat kita terkenangkan seseorang dan terkenangkan saat menikmati makanan bersama-sama. Momen yang kita lalui bersama tatkala menikmati atau berkongsi juadah itu membuatkan seseorang sentiasa istimewa dan 'hidup' dalam hati kita walau telah tiada.
Menghargai Ketika
Limau sudah dijeruk Opah. "Buatlah acar limau, nanti boleh makan bulan puasa," kata Tok Pah sewaktu Tok Le suruh Opah ambil limau yang banyak. Nampaknya tak kesampaian.
Hari-hari biasa, Tok Pah biasa makan sirih pinang. Begitu juga kalau Opah kalau ke rumah Tok Pah. Tok Pah dan Opah pun bagai sirih pinang — saling melengkapi. Orang akan bertanya, "Mana lagi seorang?" jika tengok Opah atau Tok Pah berjalan seorang diri. Sambil makan sirih pinang, kadang-kadang Ayah pun tumpang sekaki mengopi duduk di pangkin kayu sebelah dapur rumah Tok Pah. Jika Opah tak turun ke rumah Tok Pah, maka Tok Pah yang akan naik ke rumah Opah. Sekarang Opah pun dah tak tahu bila lagi nak turun bukit ke rumah Tok Pah. Ayah pun hanya boleh gaduh mulut dengan Opah, kalau tidak dengan Tok Pah begitu juga — dari kecil sampai tua. Walau dalam sakit, Tok Pah masih ambil berat fasal Ayah, tanya tentang Ayah saat masuk wad tempoh hari. Dulu pun, waktu Ayah lama sakit, Tok Pah dan Tok Le yang menjaga Pak Su Apit.
Yang tinggal hanyalah kenangan, terlalu banyak kenangan tatkala kita bersama-sama. Menghargai ketika ada, menghargai ketika tiada, berdoalah yang baik-baik, moga kita dapat berjumpa lagi di sana.
Thursday, February 6, 2025
Berdoalah
Ahad, 2 Februari, perkhabaran dukacita, ibu pak cik Hafiz kembali ke rahmatullah. Selasa turut berdukacita, 4 Februari, Tok Pah juga diambil pergi. Takziah, Al-Fatihah untuk yang telah meninggalkan kita dan juga untuk kita sendiri.
Rabu 5 Februari pula, malam lepas Maghrib ada jamuan perpisahan batch Virtuous yang sudah tamat menduduki periksa SPM pada 3 Februari. Perpisahan sebahagian daripada peristiwa yang tak dapat dielakkan, tak kiralah telah lama kenal atau baru bertemu. Perpisahan memanglah menyakitkan, namun masing-masing ada matlamat yang mahu dikejar, maka jalannya banyak yang memisahkan. Sepanjang bersama, kebahagiaan itu tetaplah ada walau suka duka silih berganti, ada banyak yang boleh disimpan jadi kenangan, ada banyak juga kepahitan boleh jadi pedoman. Malam seantero dunia yang berwarna-warni menjadi saksi, berpisah untuk bermula kembali.
Bertemu dan berpisah sentiasa hadir dan ada yang tak kembali. Bertemu kembali itu satu keajaiban anugerah Ilahi saat kita mengharapkannya. Berdoalah untuk yang telah pergi selama-lamanya dan teruskanlah Hidup Berjasa bagi kita yang masih ada. Panjang umur, Insya-Allah bertemu semula.
Monday, February 3, 2025
Telah Diatur
Ramadan Kareem
Moga amalan kita bertambah. Moga Allah SWT merahmati dan memberkati kita. Selamat Berpuasa.
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...