Hari ini 2 Rejab, juga 2 Januari, perjuangan anak-anak SPM untuk menulis bermula. Persediaan telah dilakukan, maka ujian itu akan tiba, itulah dunia belajar.
Semalam hampir sehari suntuk sampai ke malam, anak-anak begitu bersemangat mengulang kaji - bertanya, mengingati kembali dan bersoal jawab tentang perkara yang masih musykil untuk persediaan hari ini. Dalam buku Mutiara Kata susunan Adi Alhadi, kata Horace, "Apabila seseorang itu memulakan kerjanya dengan penuh minat, bermakna dia telah menyempurnakan separuh daripada kerja itu." Anak-anak telah mula belajar sejak di rumah lagi, ibu bapa sebagai guru pertama. Seterusnya, tugas ibu bapa disambung oleh guru di sekolah dengan pendidikan yang lebih formal untuk mencungkil minat anak-anak supaya potensi mereka dapat digilap dalam pelbagai bidang. Insya-Allah, belajar dengan penuh minat akan membawa anak-anak lebih jauh dan ujian ini hanya sebagai langkah permulaan.
Moga sukses anak-anak SPM 2024. Segalanya-galanya telah dilakukan. Insya-Allah, persediaan yang terbaik yang telah dilakukan pastinya akan membuahkan hasil. Ibu bapa, guru-guru serta yang berada di sekeliling sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak. Selamat Berjuang!
Translate
Wednesday, January 1, 2025
Yang Terbaik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jadi Lebih Baik
Sepanjang hari kita melakukan banyak perkara di samping bertemu dengan yang lain dan mungkin ada waktu tertentu, kita perlukan masa untuk be...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment