Antara peribahasa Melayu yang jarang kita dengar fasal malang ialah geruh tak mencium bau. Yang selalu kita dengar ialah malang tak berbau dan sudah jatuh ditimpa tangga.
Ada ubat tertentu tak boleh dimakan ketika perut kosong, ada juga ubat tertentu yang tak boleh diambil dan tak boleh diambil dengan dos yang banyak jika kita ada gastrik, langsung malang bermula di situ. Maka, terpaksa Ayah meminta pertolongan Umi yang masih dalam rawatan kerana keadaan dirasakan sudah tidak terkawal. Anak-anak ditinggalkan dengan Wan dan Atuk. Akhirnya, terpaksa bermalam di hospital. Siangnya, dalam pukul 10 pagi lebih baru dirasakan stabil dan sudah tidak 'goyang'. Tak lama kemudian, Opah, Atuk dan Baba sampai. Petang, Cikgu Karim, Haji Hafiz, Cikgu Hashim, Ustaz Muzakir, Cikgu Sakirin, Cikgu Amirudin dan Cikgu Aidil datang melawat. Abah, Cikgu Khair, jiran sebelah turut bertanya khabar, begitu juga adik-beradik, tok lang Basri, nenda Zaharah dan saudara-mara. Anak-anak pun tiba juga selepas itu. Jutaan terima kasih kepada semua. Terima kasih juga kepada Tuan Haji Mahadzir, yang merawat di DMCC dan Aurelius, semua guru, staf serta sahabat-sahabat yang ambil berat dan mendoakan. Moga Allah SWT merahmati semuanya.
Sesungguhnya malang itu ujian untuk kita. Hidup tak diuji bukan 'hidup' namanya. Mahu atau tidak mahu, kita akan diuji — di mana, waktu bila, bagaimana cara, kita tak pernah tahu. Semoga kita dan semua tabah ketika diuji kerana memang kita tak boleh lari daripada diuji.
No comments:
Post a Comment