Semalam, kami menghala ke Kuantan, nampaknya bayaran tol kurang separuh sempena Tahun Baharu Cina. Tol bayar separuh juga boleh buat semua orang gembira.
Hari ini, 29 Januari, Tahun Baharu Cina, Gong Xi Fa Cai bagi yang menyambutnya. Teringat pula dialog dalam filem Lagi-lagi Senario, "Cina suka makan Melayu punya nasi lemak, orang Melayu manyak suka makan yong tau fu, lagi semua orang suka makan roti canai India punya maa." Pagi ini pun Opah menebar roti canai. Biasanya Opah meregangkan tepung yang telah diuli di dalam talam. Opah memang suka memasak. Itu salah satu kegembiraan Opah. Untuk hari esok pun Opah sudah fikir hari ini, mana taknya, cucu-cucu nampaknya sentiasa lapar dalam musim hujan yang belum habis. Dalam buku Screw Work Let's Play (Edisi Bahasa Melayu), karya John Williams menyatakan bahawa bukan kejayaan yang mencipta kegembiraan tetapi kegembiraanlah yang mencipta kejayaan. Sebelum ke kedai, Opah tunjuk baulu yang telah siap, nanti yang telah menempah akan datang ke rumah untuk ambil. Emir ikut Opah bawa sekotak kain pelikat yang sampai semalam, Opah tolong beli untuk kawannya, Ninja Van hantar semalam. Emir balik dulu daripada Opah, gembira bawa aiskrim untuk yang lain.
Bergembiralah untuk apa-apa yang kita sedang buat atau lalui, tak kiralah kecil ataupun besar kerana itu juga salah satu tanda kita sedang bersyukur dengan nikmat yang kita terima pada saat ini.
Translate
Tuesday, January 28, 2025
Satu Tanda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Moga
Di kawasan tertentu agak berkabus. Mungkin sebab jarang bertolak waktu pagi, panorama menjadi agak menarik. Awalnya agak cerah, k...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
No comments:
Post a Comment