Ahad lepas, 19 Januari, balik dari Bentong, menghampiri petang, ada dua buah kereta masuk ke perkarangan rumah Opah tatkala Ayah sedang berborak dengan Opah.
Nenek tiba bersama dengan Tok Ngah Ani dan Tok Ngah Rahim, diikuti Pak Long Farhan dan isteri serta anak-anaknya, juga Pak Su Syakirin dan isterinya. Anak-anak tetaplah bermain, tak kira siapa-siapa pun datang, kemudian berhenti, mengisi perut, sambung bermain. Dua hari lagi, Ahad datang lagi, cepat sungguh sudah hampir seminggu. Banyak perkara telah berlaku. Genjata senjata antara penjajah Yahudi Zionis dengan Hamas di Gaza turut bermula Ahad lalu. Donald Trump pula telah kembali mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-47. Itu antara dua peristiwa besar dunia, belum lagi berita yang lain.
Banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Ada perkara yang memerlukan penglibatan dan campur tangan kita, ada yang mesti kita ambil tahu, ada yang kita tak tahu pun tak apa dan ada juga yang tak sepatutnya kita tahu serta ambil tahu. Lalui segalanya kerana pengalaman akan mengajar kita membuat keputusan, Insya-Allah.
Translate
Thursday, January 23, 2025
Di Sekeliling Kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaik
Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment