Translate

Saturday, November 16, 2024

Lebih Bermakna

Sedar- sedar dah ada keputusan, Ayah pun tak tahu waktu Malaysia pukul berapa berlangsung perlawanan tinju yang ditunggu-tunggu, Mike Tyson melawan Jake Paul.
         Zaman dulu, kami hanya kenal orang-orang hebat dalam bidang tertentu melalui media cetak dan televisyen. Maka, orang-orang yang terkenal dan hebat seperti Mike Tyson mewarnai hidup kami, mungkin juga menjadi idola bagi sesetengah orang. Tidak seperti masa ini, anak-anak banyak mengenali orang terkenal di media sosial dan mengidolakan mereka,  mungkin mak ayah pun tak kenal dengan orang yang sangat terkenal di media sosial. Seperti tempoh hari, sewaktu Along beritahu Ayah bahawa IShowSpeed datang ke Malaysia, Ayah terpinga-pinga. Nampaknya, zaman media sosial ini  jauh meninggalkan Ayah berbanding zaman dulu. Dulu-dulu, cucu-cucu, anak-anak, mak ayah dan atuk nenek kenal orang yang sama macam Mike Tyson. Sebelum kita kenal orang-orang yang terkenal di luar lingkungan keluarga, mak ayah, adik-beradik dan saudara-maralah idola kita dan separuh daripada perangai kita, mungkin kita ambil daripada perangai mak ayah kita.
         Kita masih di dunia yang sama, namun teknologi jauh meninggalkan kita dengan peranti  dan aplikasi luar jangka. Terlalu banyak orang di alam maya mengalih perhatian kita, kita sudah jarang menonton televisyen bersama-sama misalnya, kerana di tapak tangan masing-masing ada 'televisyen' sendiri. Maka kitalah yang semestinya meluangkan masa dengan idola-idola di alam nyata yang dekat dengan kita supaya hidup kita lebih bermakna, Insya-Allah.

No comments:

Lebih Bermakna

Sedar- sedar dah ada keputusan, Ayah pun tak tahu waktu Malaysia pukul berapa berlangsung perlawanan tinju yang ditunggu-tunggu, Mike Tyson ...