Translate

Saturday, November 30, 2024

Amanah Kita

Tali pinggang yang digulung-gulung akhirnya dibentuk seperti topeng, dipegang dan ditekap ke mukanya, kemudian dia datang ke depan ayah. Katanya,"Obito."
       Obito? Ya, Ayah tak ingat langsung fasal watak Obito Uchiha dalam Naruto atau dulu mungkin Ayah tidak pernah menonton filemnya sampai ke tahap itu. Banyak watak yang diingati anak-anak sewaktu mereka membesar, mungkin watak itu sekadar di pinggiran atau lalu saja dalam hidup mereka dan mungkin juga watak-watak itu menjadi sebahagian karakter serta memberi pengaruh dalam hidup mereka. Cerita lawan-lawan pastinya diminati anak-anak lelaki, adakala mereka bergumpal bersama-sama meniru aksi-aksi yang dilihat. Sudah jelas bahawa menjadi tugas kita untuk memperkenalkan adiwira-adiwira sebenar yang wujud di sekeliling kita supaya mereka tahu, seterusnya menghargai pahlawan yang sememangnya wujud silih berganti berjuang untuk melindungi kita semua dan negara ini sejak dulu lagi. Maka, mereka juga akan terpanggil untuk melindungi negara ini sebagai barisan hadapan  atau berjuang dengan cara sendiri seperti lagu yang didendangkan Sudirman.
        Watak-watak yang ada di sekeliling kita, sedar atau tanpa kita sedar dapat memberi kesan dalam membentuk personalilti atau karakter kita. Sejak kecil kita memerhati segala perlakuan yang kita lihat dan menyesuaikannya dengan diri kita.  Maka, diri yang terhasil pada hari dibentuk bukan dalam masa yang sekejap dan menjadi amanah kita pula membentuk sikap anak-anak untuk masa depan, Insya-Allah.


No comments:

Amanah Kita

Tali pinggang yang digulung-gulung akhirnya dibentuk seperti topeng, dipegang dan ditekap ke mukanya, kemudian dia datang ke depan ayah. Kat...