November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Hari Televisyen Sedunia dan hari sebelumnya Rabu, 20 November Hari Kanak-kanak Sedunia.
Bersama-sama dengan kanak-kanak setiap hari satu perkara yang luar biasa sebenarnya. Kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah sudah tentulah lain layanannya, kanak-kanak yang bersekolah rendah pula kerenahnya lagilah macam-macam dan kanak-kanak yang di sekolah menengah pula sudah tak sama dan mula banyak emosinya. Kerenah yang tak sama, sudah pastilah cara melayan pun tak sama, maka setiap hari ialah ruang untuk memahami anak-anak, ruang untuk melatih anak-anak dengan pelbagai perkara dan ruang melatih diri lebih bersabar dengan kerenah yang rencam. Bercakap fasal perkara yang sama dan menegur fasal perkara yang sama itu salah satu kerja, kadang-kadang nadanya sama, banyak juga menyinga. Macam mana sekalipun, Angah tetap datang dekat 'berdempek', tetap banyak tanya. Banyak yang Ayah tak dapat jawab pun, terpaksa tanya Google dan mereka kata Ayah ada kawan baharu, Gemini, kawan yang tak ada emosi.
Bersyukurlah kita yang masih dikelilingi kanak-kanak. Banyak perkara yang kita dapat belajar daripada kanak-kanak jika rajin kita amati. Kita pernah jadi kanak-kanak yang mahu akan perhatian, maka marilah kita layani kanak-kanak sebagaimana kita pernah dilayani dengan baik sewaktu kita kanak-kanak dulu, Insya-Allah.
Translate
Saturday, November 23, 2024
Amati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment