Translate

Tuesday, June 4, 2024

Inspirasi

Majlis Graduasi dan Anugerah Gemilang ke-47, begitulah namanya, majlis meraikan yang telah berpenat lelah menuntut ilmu dan selagi belum menutup mata itulah tugas kita.
        Alhamdulillah, hari ini, 4 Jun,  anak-anak Al-Imtiaz 1923 naik ke pentas menerima anugerah. Ada yang telah memulakan langkah di tempat baharu dan banyak yang hanya menunggu masa untuk melangkah  ke tempat baharu untuk menunaikan cita-cita yang diimpikan sekian lama. Ke mana-mana pun melangkah, banyak yang akan ditempuhi, banyak yang akan menguji, itulah kehidupan. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Apa pun rintangan yang mendatang, jika sudah ada kemahuan yang tinggi, pastilah kesungguhan akan mencari jalan atau meneroka jalan penyelesaian. Kata George Crabbe pula, "Jika ada kemahuan, kebijaksanaan akan menemui jalannya."
          Tahniah dan syabas buat anak-anak Al-Imtiaz yang telah memberi inspirasi kepada semua! Dalam kesibukan mengutip pengalaman sebagai pemimpin dan menyertai pelbagai program, tetap belajar menjadi keutamaan, Alhamdulillah. Moga terus sukses, Insya-Allah.


No comments:

Mahu Pilih

Setelah 55 tahun, akhirnya Nottingham Forest dapat menewaskan Liverpool di Anfield, memecahkan satu rekod yang cukup lama, itu yang Ayah den...