Translate

Thursday, June 27, 2024

Perhati

Jika kita mahu, memerhati pun kita boleh dapat sesuatu, apatah lagi melibatkan diri dalam sesuatu yang kita perhati. 
         Ada masanya Ayah suka memerhati. Memerhati dan komen, itu banyak orang suka buat. Kalau kita perhati dengan benar, banyak yang kita dapat belajar. Perhati dan belajar akan buat kita lebih memahami. Waktu orang korban, tengok orang sembelih lembu, nampak macam senang, tapi berapa banyak yang berani sembelih lembu?  Kena ada kemahuan, kena ada ilmu dan praktikal, baru takut akan hilang. Tengok orang main boling, nampak macam senang, cuba main, banyak masuk longkang. Memerhati itu proses pertama, jika ada kemahuan, bermulalah pengalaman baharu. Jika tidak, diam lebih baik atau beralih memerhati perkara baharu. Memerhati dan komen lebih-lebih tanpa cuba untuk mendalami atau memahami sesuatu yang kita sendiri mampu untuk alami, satu perkara yang sia-sia dan menjengkelkan. Nak tahu pasal sembelih, boleh rujuk Ustaz Fuad dan Pok Nik. Nak tahu pasal boling, boleh tanya Cikgu Khair, Ustaz Zul dan Encik Khairi, Nak tahu pasal sejarah dan bahasa Mandarin, boleh belajar dengan Cikgu Zaidi dan Cikgu Shafiq. Pasal siar raya, boleh cari Abang Hafiz.
            Memerhati dapat memberi sesuatu untuk kita. Dengan memerhati, kita boleh dapat ilmu, kita dapat belajar sesuatu, kita dapat belajar bersyukur dan peroleh teladan. Melibatkan diri membuatkan kita lebih memahami tanpa terlalu cepat menghukum.

No comments:

Mahu Pilih

Setelah 55 tahun, akhirnya Nottingham Forest dapat menewaskan Liverpool di Anfield, memecahkan satu rekod yang cukup lama, itu yang Ayah den...