Translate

Friday, June 7, 2024

Hidup Berjasa

Petang semalam, Ayah dengar siaran RTM Pahang, temu bual  Ami dengan Datuk Zainal Abidin yang katanya kita perlu menuju kemodenan bukan kebaratan kerana kita sendiri  harus sedar, kita kaya dengan budaya, kaya dengan dialek seperti  mana dalam lagu Hijau.
             "Oh anok-anok, tok leh meghaso mandi laok, bersaing main ghama-ghama. Ale lo ni tuo omornyo berjoto, kito usoho jauh ke daghi malo petako," begitulah sedikit petikan lirik lagu Hijau. Walau kita lain negeri, walau kita lain bangsa, bahasalah yang menyatukan kita, itulah istimewanya. Jika terpisah pun janganlah disebabkan sengketa dan itu yang berlaku pagi semalam,  7 Jun. Pagi semalam  berlangsungnya  Majlis Perpisahan, rakan-rakan seperjuangan Ayah bertukar tempat kerja, bukan kami berpisah sebab sengketa. Cikgu Azri, Cikgu Musliha, Puan Hasmunizam dan Puan Ain akan melangkah ke tempat baharu, ada yang dekat dan ada yang jauh,  itulah lumrah. Moga semuanya terus sukses, terus segar dan ceria, Insya-Allah.
           Begitulah kita, setiap hari ada tempat yang mahu kita tuju, mungkin setiap pagi ke tempat sama setelah sekian lama, mungkin juga pagi ini ke tempat baharu dan ada tujuan baharu untuk dilaksanakan. Hidup sentiasa ada tujuan, sentiasa ada matlamat, kitalah yang merencanakan, kitalah yang merancang, Insya-Allah, yang terbaik Allah SWT akan sentiasa berikan untuk kita. Hidup Berjasa.


              
  

No comments:

Mahu Pilih

Setelah 55 tahun, akhirnya Nottingham Forest dapat menewaskan Liverpool di Anfield, memecahkan satu rekod yang cukup lama, itu yang Ayah den...