Translate

Tuesday, July 18, 2023

Hijrah

Hijrah satu teladan
untuk kita hadapi kehidupan.
Hijrah banyak pengajaran
supaya kita tak salah jalan.
Ujian tinggikan iman
bukan tanda Allah SWT tak sayang.
Kesabaran dan kesyukuran
tak boleh lepas daripada genggaman.
Makin hampir dengan Tuhan
makin nampak banyak kebenaran.
19 Julai 2023
Sungai Soi 
Khairul Hakimi Mansor

No comments:

Dapatkan

Ya, dia sedang bekerja. Masakan tidak, walau dikata orang Monday Blues, semangatnya lain macam, pagi dia sudah jerit-jerit.        Mana kau...