Translate
Wednesday, May 31, 2023
Simpan
Sunday, May 28, 2023
Perhati
Thursday, May 25, 2023
Hidup Berjasa
Musim bunga kembali, bunga kembali mekar dan Ibu kembali menjejakkan ke sini sebagai Tetamu Kehormat.
Dikenali sebagai Ibu di Semsas, Puan Roslina binti Abd Aziz meneruskan Hidup Berjasa, kini beliau merupakan Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid dan Kepimpinan, Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh, Kementerian Pendidikan Malaysia. Ibu kembali ke sini menitipkan pesan untuk anak-anak, pesan untuk mendakap kecemerlangan. Perjalanan menuju kejayaan itu memang sangat panjang dan pastinya berliku-liku. Peribahasa Cina ada menyatakan bahawa sebutir permata tak akan berkilat tanpa digosok, begitu juga dengan seorang manusia yang tak akan sempurna tanpa ujian kehidupan. Dengan segala daya upaya dan cara, ilmu seharusnya dituntut dan dipelajari untuk mencapai apa-apa yang kita cita-citakan. Kata Ibnu Mubarak, "Aku hairan orang yang tidak menuntut ilmu! Bagaimanakah ia mahu membawa dirinya kepada kemuliaan?"
Umpama bunga-bunga yang berkembang mekar, begitulah impian kita untuk mengecap kecemerlangan dalam kehidupan, sentiasa mekar di dalam taman jiwa kita. Ingatlah, sudah menjadi tugas dan kewajiban kita, mengejar kecemerlangan di dunia dan di akhirat. Hidup Berjasa!
Sunday, May 21, 2023
Percaya
Ayah tak sepandai Umi buat roti telur. Maka, dengan kepercayaan yang ada, dan sedikit bantuan ilmu daripada Encik Google, Ayah mula bertindak.
Kepercayaan sentiasa harus ada dalam diri kita. Kepercayaan ini banyak mendorong kita dalam meneruskan kehidupan seharian. Kepercayaan yang sedikit biasanya akan disertai tindakan yang lambat, ditambah pula dengan kurangnya ilmu, akan bercambahlah ketidakyakinan dalam diri. Jika sudah ada ilmu perlu pula diamalkan kerana jika tidak diamalkan, kita akan tidak nampak atau merasa hasil daripada tindakan atau amalan tersebut. Tentu kita pernah mendengar peribahasa Melayu yang sering disebut orang, "Alah bisa tegal biasa." Begitu juga kata-kata dalam bahasa Inggeris yang berbunyi, "Practice makes perfect." Sekecil-kecil kerja hinggalah sebesar-besar kerja memerlukan percaya sebagai pemula.
Bermula dengan percaya dan berakhir dengan tindakan, itulah antara cara untuk menambah baik diri kita sendiri. Kepercayaan yang banyak dan didorong ilmu yang cukup serta tindakan yang cepat membuatkan kita lebih cepat dapat melihat kesan atau hasilnya, kemudian dapat menambah baik atau mengubah suai jika ada kekurangan. Percayalah!
Thursday, May 18, 2023
Senyum
Monday, May 15, 2023
Sebab
Kucing memang suka menjilat. Hidung sendiri pun kucing jilat. Setiap tingkah laku, setiap tabiat sudah tentu bersebab. Begitu juga dengan manusia.
Setiap orang ada tingkah laku tersendiri. Setiap tingkah laku, hanya tuan punya badan yang jelas dengan sebabnya. Orang lain boleh meneka, boleh jadi betul, boleh jadi salah. "Ya, baik! Baik ada makna tu!" kata Pak Ali merujuk kepada Abang Jamil yang menyuruh Rohani memanggilnya dengan panggillan tersebut. Itu antara dialog yang kita ingati dan tingkah laku boleh berubah sekelip mata kerana sebab tertentu. Ada tingkah laku yang sudah menjadi tabiat . Ada juga tingkah laku mengikut keadaan atau situasi dan ada juga tingkah laku disebabkan pengalaman serta peristiwa.
Kita tidak boleh lari dari sebab. Sebab boleh menbentuk diri dalam melalui hidup sehari-hari. 'Sebab' seharusnya menambah kualiti hidup kita pada setiap masa kerana hidup yang lebih baik memerlukan sebab yang betul. Sebab yang betul dapat menggerakkan tingkah laku kita dan seterusnya tingkah laku itu sebaik-baiknya dapat menjadi ikutan orang lain.
Saturday, May 13, 2023
Pantun Melayu - Hari Ibu
Tuesday, May 9, 2023
Waras
Apakah yang kita cari-cari dalam hidup ini? Apakah yang kita tunggu-tunggu selama ini?
Ada yang suka mencari dan kemudian menanti. Ada yang suka menanti dan kemudian mencari. Kadang-kadang, apa-apa yang kita cari sudah ada di depan mata, tapi kita masih tak sedar kerana fokus kita mungkin bercabang-cabang. Kadang-kadang, apa-apa yang kita tunggu tak terpacul pun sampai sudah, mungkin sudah ada, tapi kita yang tak perasan. Apabila sudah cari tak jumpa, sudah tunggu tak kunjung tiba, maka mulalah timbullah pertanyaan. Daripada pertanyaan, mulalah berkembang andaian. Andaian yang beranak-pihak kadang-kadang boleh menjadi sesuatu yang menyulitkan dan boleh jadi juga sangat menyenangkan, bergantung kepada prasangka, persepsi dan keadaan sekeliling .
Hidup sememangnya penuh dengan pencarian dan penantian. Segala-galanya perlu dilalui dengan fikiran rasional kerana kewarasan amat diperlukan dalam apa-apa jua situasi walaupun ada yang sangat menyakitkan.
Friday, May 5, 2023
Syukur
Seperti biasa, baru saja melabuhkan punggung, ada yang datang seolah-olah diundang. Walaupun sebentar tetap menarik perhatian, menikmati sejuk dan tempias, kemudian beredar.
Musim panas, hujan lebat yang datang satu nikmat yang sangat besar. Walaupun mungkin sekejap, hadirnya tetap memberikan kesan. Kadang-kadang yang sekejap itu meninggalkan kesan yang besar. Yang datang besar atau kecil, sebentar atau sekejap, yang memberikan manfaat, yang dapat membahagiakan kita, itulah nikmat yang tak seharusnya kita lupakan. Setiap hari kita mendapat nikmat, di saat kita mahukan jalan untuk melintas, ada yang memberikan ruang. Di saat kita memerlukan pertolongan di tempat kerja, ada yang muncul dan masalah kita dapat diselesaikan. Kadang-kadang di saat kita makan pun, makan itu pun sudah nikmat, ada yang menegur dan tolong bayarkan pula.
Nikmat itu datang setiap hari. Masih bernafas itu pun nikmat yang paling besar kerana tidak ada bil oksigen yang perlu dibayar dan sememangnya kita harus menjadi hamba yang sangat bersyukur. Besar atau kecil, sebentar atau panjang nikmat yang datang itu bukanlah perkara yang perlu diukur, yang diukur sejauh manakah kita bersyukur dengan yang segala kita nikmati pada saat ini.
Thursday, May 4, 2023
Bahagia
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...