18 Ogos, petang Rabu, kita dikejutkan dengan fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai, ada hilang nyawa, Al-Fatihah dibaca.
Isnin, 16 Ogos, kita mendapat Perdana Menteri Sementara (caretaker), Yang Amat Berhormat Tan Sri Mahiaddin Md Yasin, dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menghampiri seminggu di musim wabah, ada yang terjadi di luar kawalan, ada yang terjadi dalam kawalan. Untuk mengawal yang tak terjangka, perlu persediaan awal, tindakan segera pastilah diambil, barisan hadapan sentiasa bersedia dalam keadaan genting. Namun, ada yang sepatutnya terkawal, boleh menjadi satu kegagalan jikalau tiada kesepakatan demi kepentingan ummah.
No comments:
Post a Comment