Beruntunglah yang dapat menyaksikan salah satu kebesaran-Nya, Hujan Meteor Perseids.
Setiap hari kita melihat kebesaran Allah SWT. Bagi yang menggilai pokok bunga contohnya, setiap pokok bunga, besar atau kecil, daunnya pelbagai bentuk, ada yang berbunga, ada yang tak berbunga, berwarna-warni dan ada yang berbau serta tak berbau. Bagi yang berkebun menggunakan tangan kidal (semalam 13 Ogos, Jumaat, Hari Kidal Sedunia), janggal sebenarnya guna peralatan untuk yang guna tangan kanan. Ini juga salah satu kebesaran Allah SWT pada diri kita. Tempoh hari Umi membeli gunting untuk Adik yang kidal, janggal Ayah menggunakannya.
Masya-Allah, dari langit ke bumi, yang di ada di sekeliling kita, yang ada pada diri kita, semuanya membuatkan kita mengingati kebesaran Allah SWT.
No comments:
Post a Comment