Alhamdulillah, semalam, 20 Ogos, kita mendapat perdana menteri baharu, Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Amanah yang digalas tidaklah semudah kita meluahkan kata-kata dalam situasi tertentu. Sebab itu itu kita sering mendengar kata-kata bijaksana yang berbunyi, "Kata Itu Kota". Sebahagian daripada kata-kata yang dikeluarkan itu berupa janji. Janji kepada diri jika dimungkiri mungkin hanya memudaratkan diri sendiri tetapi janji kepada orang ramai jika tidak ditunaikan atau dikotakan, itu akan membawa mudarat yang lebih besar. Janganlah terlalu mudah untuk berjanji, apatah lagi melibatkan perkara yang besar, yang memerlukan kajian dan perhatian kerana janji itu suatu amanah besar yang perlukan dilaksanakan dan dikotakan dengan sebaik-baik mungkin.
Kota dan negara bangsa tidak dibina dengan semudah berkata-kata. Terbangunnya kota dan negara bangsa kerana pemimpin dan rakyat seia sekata bergerak menbangunkan negara. Sabotaj demi kepentingan sendiri pasti negara binasa!
No comments:
Post a Comment