Malam semalam ke rumah Pak Long Le dan Mak Long Pah dengan Along, 'dia' ada, dari jauh bersinar matanya dalam gelap. Bulu roma pun meremang.
Pagi tadi, 'dia' ada di belakang rumah Atuk dan Opah. Menghampiri tengah hari, dia di depan muka pintu. Opah cakap bunyinya unik, boleh juga mengejutkan dan menyeramkan jika tidak nampak. Memang betul, bunyinya lain sangat. Merimaskan Opah apabila 'dia' terlalu manja, mahu duduk di ribaan. Manja dan mesra walau kali pertama menemui anak-anak, menggesel-gesel, tidak kisah digosok-gosok.
"Nenek cakap, "Dia bukan cacat, dia berlebih!" Umi pun perasan, kaki depan, kaki belakangnya berjari enam.
No comments:
Post a Comment