'Ditidurkan' bukanlah pilihan seseorang. 'Ditidurkan' itu pilihan terakhir yang dibuat untuk seseorang, pilihan yang dianggap terbaik pada saat yang paling genting.
Tatkala ditidurkan, di alam mimpi ada kehidupan lain yang menanti. Di alam yang sebenar, perasaan cemas, takut, sedih dan sebagainya bergaul, ada kalanya perasaan itu silih berganti bagi yang menunggu, keluarga, rakan-rakan dan yang mengenali. Yang ditidurkan, bergerak merentas pemikiran logik. Ada kalanya seperti di dunia, ada masanya entah di mana-mana, bagaikan fiksyen, mungkin juga yang ditunjukkan itu benar. Yang terbaring merasakan sepertinya tidak lama, walau banyak cerita, yang menunggu menanggung derita kerana yang 'ditidurkan' belum tahu pengakhirannya, belum tahu bilakan kembali.
'Ditidurkan' itu sama ada bangkit kembali, atau dibiarkan seketika, kemudian diambil dan dibawa Ilahi. Kita yang masih di sini, masih ada sedikit sisa, masih ada sedikit masa. Manfaatkanlah!
No comments:
Post a Comment