Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, indahnya peribahasa Melayu. Maksudnya, hendaklah menurut adat dan resam tempat yang kita diami.
Di mana bumi dipijak, kebiasaannya di situ kita membawa sesuatu bersama dengan kita dan di situlah kita meninggalkan sesuatu, yang banyaknya ialah kenangan. Meninggalkan kenangan itu tidak menjadi masalah bagi ayah, yang menjadi masalah ialah meninggalkan sesuatu, kemudian terlupa dan tercari-cari. Semalam Ayah tertanya-tanya dan tercari-roti roti coklat kismis kerana apabila berada saja di dalam ruang kereta, perut anak-anak menjadi lapar. Balik ke rumah, roti ditemui di atas singki di dapur, Ayah ke situ dulu sebelum keluar rumah.
Pagi ini Ayah ke kantin dan kembali ke bilik guru membawa jagung, agak lama baru perasan dan baru teringat, beg komputer di kantin. Di mana bumi pijak, di situ barang ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment