Pagi yang awal, tetap ada yang berlaku, begitulah selalunya, pagi selalu melatih kesabaran.
Malam yang sudah bersedia dan apabila pagi, masing-masing kehilangan botol, kelam kabut mencari, di dalam kereta Umi rupa-rupanya. Botol air Angah tidak ada. Setelah tidak jumpa, Ayah suruh dia guna botol air mineral. Ayah ke dapur, Ayah tengok ada botol air yang tertinggal di dapur. Kemudian, Ayah angkat adik ke dalam kereta Umi, Ayah tengok ada kasut sekolah di lantai kereta.
Alhamdulillah, tidak ada apa-apa yang tertinggal, jika tidak, ada hati yang bersedih ke sekolah tanpa kasut atau tanpa botol air, atau balik nanti membawa cerita sedih tidak makan di sekolah seperti semalam kerana tidak membawa wang belanja.
No comments:
Post a Comment