Menikmati sarapan pagi di waktu cuti ialah saat yang dinanti, tidak perlu terkejar-kejar.
Teguk demi teguk, sambil menonton 'Britain's Got Talent', banyak bakat baharu dan aksi yang mendebarkan. Ternyata potensi kita sebagai manusia sebenarnya terlalu banyak. Kita perlu mendedahkan diri kepada banyak perkara dan kita boleh memilih sesuatu untuk dilakukan. Pastinya ketekunan diperlukan untuk melakukan sesuatu dengan baik. Latihan demi latihan diperlukan untuk membiasakan diri, untuk mengurangkan rasa takut. Rasa takut hanya dapat dikurangkan dengan menuntut ilmu sebanyak yang mungkin dan mengaut pengalaman sebanyak yang boleh.
Mahu menikmati kopi seperti biasa atau mahu menikmati dan mempelajari sesuatu yang baharu, terpulang kepada diri sendiri. Kita sendiri yang harus menentukannya!
No comments:
Post a Comment