Kuala Sepetang yang dulunya dikenali sebagai Port Weld sering menjadi tumpuan. Ingat arang, ingat Kuala Sepetang. Kami belum pernah lagi sampai ke sana.
Dapur kayu api dan dapur arang digunakan untuk memasak sebelum gas dan elektrik digunakan. Sekarang sudah jarang-jarang, jika mahu bakar sate atau membarbeku barulah arang digunakan. Cerita pasal arang, banyak peribahasa Melayu tentangnya. Antaranya, arang itu jikalau dibasuh dengan air mawar sekalipun tiada akan putih (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksudnya ialah orang yang bertabiat jahat itu, walau bagaimanapun tidak akan hilang perangainya.
Pada saat ini, cukuplah arang digunakan untuk membakar, tidak perlulah sebahagian daripada kita menjadi 'arang' yang membakar perasaan bangsa sendiri. Banyak yang sudah lupa sejarah dan berperangai seperti penjajah.
No comments:
Post a Comment