Kami mengharung panas petang Khamis ke rumah Opah.
Bergerak petang, memanglah keadaan lebih redup, cahaya matahari petang pula menghadap ke arah kami. Petang Jumaat begitu juga, menghala ke Kuala Lumpur. Pemandangan waktu petang mengasyikkan kami walau mata dipanah silau, sesekali dilindungi bayang-bayang bukit. Antara peribahasa tentang matahari dalam Kamus Dewan, bagai menentang matahari, iaitu melawan atau membantah pendapat orang berkuasa itu akhirnya menyusahkan kita juga. Matahari itu bolehkah ditutup dengan nyiru? pula ertinya sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan.
Matahari itu diibaratkan seperti kuasa dan kebenaran. Jika kuasa digunakan untuk menegakkan kebenaran, tidak akan ada sebarang penentangan kecuali yang tidak senang dengan kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment