Translate

Tuesday, January 28, 2020

Tetamu

Adik mahu roti disapu mentega kacang. Ayah boleh faham walaupun dia tidak pandai menyebutnya sebab dia boleh menunjuk.
     Seperti biasa, roti ayah potong separuh, bahagian di keliling roti, ayah makan. Dia hanya makan bahagian yang tengah, tidak seperti abang-abang yang makan semuanya. Diambilnya roti yang dihulur ayah, diletaknya di dalam pinggan plastik. Kemudian, dia menyiat roti menjadi cebisan kecil. Pada mulanya ayah ingat dia yang lapar, rupa-rupanya cebisan roti kecil itu untuk  dinosaur yang berada di dalam pinggan. Dia seolah-olah sedang menjamu dinosaur itu makan, mungkin dinosaur itu tetamunya  yang perlu dilayan dan diberi perhatian saat itu.
    Anak-anak membesar dengan memerhati, mengikuti dan berimaginasi, bukan semata-mata  dengan menjamah nasi, roti dan spageti.

No comments:

Kongsi

Semalam 10 Disember 2025 , soalan Biologi dijawab anak-anak. Minggu depan ialah minggu terakhir untuk anak-anak bersama-sama menjawab soalan...