Sejak Jumaat Umi demam. Sudah ke klinik, masih belum kebah. Hari ini ke Bukit Sekilau, buat ujian darah. Alhamdulillah, tiada denggi.
Anak-anak di rumah Atuk dan Wan, riuh dengan sepupu-sepupu. Walaupun berpantang, mulut tetap rancak bersembang. Berpantang di depan televisyen. Tidak ada tali yang bergayut mengikat kain pelikat. Separuh badannya di bawah meja kecil yang bertutup dengan selimut. Apabila Adik atau Achik datang dekat, mula panggil Ayah dan Umi. Dalam berpantang, keselamatan paling diutamakan.
Kesihatan dan keselamatan antara perkara serius yang perlu diambil kira, diberi perhatian selagi jantung berdegup . Sihat dan selamat mempengaruhi skala kegembiraan hidup kita.
Translate
Monday, December 2, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dapatkan
Ya, dia sedang bekerja. Masakan tidak, walau dikata orang Monday Blues, semangatnya lain macam, pagi dia sudah jerit-jerit. Mana kau...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...

No comments:
Post a Comment