Buka sahaja pintu pagi ini, Oren masih tidak muncul. Cuaca mendung. Yang hilang tetap sukar untuk diganti. Coklat muncul, tidak manja bagai Oren.
Hitam yang lebih besar juga muncul. Tompok pun sudah ada. Menjengah pula Putih, dilehernya kelihatan luka merah dengan kulit yang masih tergantung. Mungkin tidak cedera teruk, mungkinkah bergaduh? Ayah membuka pintu pagar, kelihatan dua ekor anjing . Eh, ada lagi dua ekor setelah kereta mula bergerak! Kenderaan beratur, Isnin, banyak yang mahu ke tempat kerja. Hujan mulai turun.
Allah SWT menghantar tengkujuh menguji kita. Hilang tengkujuh berganti panas. Hilang tak dapat dikesan, menyiat perasaan, juga satu ujian!
No comments:
Post a Comment