Sebaik sahaja Angah muncul dari pintu, dia nampak ceria sahaja. Rancak dia bercerita kepada Umi, katanya,"Sakit sikit saja."
Orang mulai ramai. Angah mulai gelisah. Along dipanggil agak lewat. Pukul 10.24 pagi Along masuk, pukul 10.48 pagi baru Along keluar. Hujan mulai turun. Hujan air mata juga begitu. Mungkin kesan ubat bius sudah hilang. Sewaktu menuju ke pintu, ada seorang wanita memberi duit kepada Along. Ayah memarkir kereta lebih dekat, hujan semakin lebat. Berpayung melangkah ke arah kereta. Masih hujan, singgah di MBS di sebelah Pasar Raya Giant, ayah membeli beberapa buah buku untuk Angah dan Along.
Akan bermulalah sesi berpantang. Diingatkan bahawa 'pantang nampak makanan, semuanya masuk ke mulut' tidak termasuk dalam senarai berpantang.
Translate
Sunday, December 1, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment