Masa berjalan, usia bertambah, anak-anak membesar.
Membesar di depan mata, yang kecil suka mencuba kasut ayah dan umi, ada kalanya bergaya di depan cermin seperti ayah dan umi yang sedang bersiap ke tempat kerja. Mahu dicuba pakai tudung umi, mahu bergaya dengan baju ayah. Anak-anak suka memerhati apa-apa yang dipakai ayah dan umi dan begitu juga anak-anak didik memerhati apa-apa yang dipakai guru. Itu belum lagi termasuk apa-apa yang diperhatikan mereka di media sosial dan sebagainya.
Pemerhatian menjadi salah satu perkara penting dalam proses pembesaran anak-anak. Mereka memerhati segala-galanya, terutamanya tingkah laku kita. Anak-anak cermin diri kita.
Translate
Monday, September 30, 2019
Sunday, September 29, 2019
Pangkal Jalan
Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
Minggu lepas, Achik cirit-birit. Umi gastrik dan cirit-birit, setelah ke klinik, umi rebah pengsan di klinik. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa berlaku. Adik juga muntah dan cirit-birit. Along juga muntah. Jumaat, ayah dibenarkan bercuti. Hari Sabtu ke sekolah sekejap kerana menguruskan seminar (terima kasih Cikgu Nazir Noh), terima kasih kepada Cikgu Azliza dan Cikgu Nadzirah yang banyak menolong. Malam minggu, Achik ikut ayah iring pelajar ke Kuipsas, ada program Temu Penyair 3 Negara. Bahasa Melayu PT3 pula ditunda ke 9 Oktober 2019.
Setiap hari kita diuji. Ada masa kita kawal keadaan, ada masa kita dikawal keadaan. Apa-apa pun berlaku, kita kembalilah ke pangkal jalan. Hidup penuh ujian, ujian daripada Allah s.w.t..
Thursday, September 26, 2019
Paku
Selepas kelas petang, ayah akan bawa Along dan Angah mengaji. Ayah tunggu di dalam kereta.
Tidak lama kemudian, ayah dengar bunyi ketukan. Ayah ingat Along atau Angah. "Eh, bukan!" Ada budak cari emaknya. Dia berlalu setelah nampak ayah, masuk ke Kedai RM2. Ayah mengunci pintu kereta. Ayah terus menanam dan mengutip hasil dalam 'Hay Day'. Tiba-tiba terdengar seperti pintu ditarik dari luar. Ayah berpaling. Ada ibu dan seorang anak di luar pintu sebelah kiri belakang. Nampak ayah, mereka berlalu. Ya, mungkin hari ini hari 'salah kereta'.
Ada hari kita salah, ada hari kita betul. Jika salah, akui kesalahan. Jangan kerja menyalahkan orang dan cari salah orang. Kata orang tua-tua, mengata dulang paku serpih, mengata orang awak yang lebih.

Tuesday, September 24, 2019
Cuci
Setiap orang ada kerja masing-masing. Setiap orang ada tanggungjawab masing-masing.
Besar atau kecil sesuatu kerja, ada masanya mengikut pandangan atau persepsi orang yang melihat atau orang yang melakukannya sendiri. Ada yang merasakan sesuatu kerja itu berat dan dirasakan cukup besar tanggungjawabnya. Ada yang merasakan sesuatu kerja itu kecil dan tanggungjawabnya tidaklah begitu berat. Besar atau kecil, tanggungjawab tetap perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi.
Walaupun kerja itu seperti mencuci tingkap, tetap amat penting kerana debu boleh memberi kesan kepada kesihatan kita. Hati yang 'berdebu' juga perlu dicuci dengan istighfar dan amalan yang lain kerana turut menjejaskan diri kita.

Sunday, September 22, 2019
Puitis
Bintang Paling Popular ABPBH Ke-32 menjadi milik Mira Filzah.
Khai Bahar pula menjadi Penyanyi Lelaki Popular. Tahun lepas, RTM Pahang membawa Khai Bahar ke Semsas sempena program Bulan Kemerdekaan dan Semsas menjadi lokasi pilihan. Zaman ayah dulu, Siti Nordiana berganding dengan Allahyarham Achik Spin, sekarang giliran Khai Bahar melalui lagu 'Satukan Rasa' (umi beritahu ayah). Komposer lagu ini Dinda dan Kanda, liriknya oleh Iman Imran. Ayah suka lirik yang berbunyi 'temani tiap mimpi, diriku diselubung rindu'. Dalam kedua-dua baris ada asonansi (pengulangan vokal). Ada rima atau pertalian bunyi yang enak didengari.
Tatkala kita mendengar lagu, kita bersatu dengan lagu. Rasai, hayati maknanya, ada sesuatu yang mahu disampaikan, melalui kata-kata puitis secara terus atau makna yang tersorok di sebalik kata-kata puitis.

Saturday, September 21, 2019
PK
Ayah tengok tajuknya, dua huruf sahaja 'PK'.
Filem Hindustan di TV3. Hari itu sempat tengok '3 Idiots'. Seronok tengok Aamir Khan membawa kelainan watak dalam '3 Idiots' dan 'PK'. Isu yang cukup besar dan dibawakan dengan watak dan perwatakan yang cukup menarik. Dalam '3 Idiots', 'A' bukanlah segala-galanya, ada yang lebih penting daripada itu, iaitu minat. Minat akan membawa seseorang itu lebih jauh, di luar jangkauan seseorang. Dalam PK, walaupun menggunakan isu berat seperti agama dan kepercayaan, ada banyak isu lain yang juga penting. Ceritanya tetap menghiburkan, ada isi membuatkan kita berfikir.
Cerita atau filem yang ada isi sentiasa segar dalam ingatan dan memberikan sesuatu untuk kita pelajari. Hanya ego kita sahaja yang menafikannya atau menolaknya sedangkan filem atau cerita itu membawa kita menemui kebenaran.

Friday, September 20, 2019
Tiga Bulan
Bayangkan jagung rebus atau jagung bakar, rasakan baunya!
Cikgu Karim suka menjamu makanan kepada cikgu-cikgu dan staf, antara juadahnya, jagung rebus. Semoga rezeki Cikgu Karim semakin melimpah. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat jagung dimaksudkan sebagai sejenis tumbuhan yang buahnya bertongkol dan berbijiran yang boleh dimakan. 'Setahun jagung' sama dengan 'seumur jagung'. Maksud pertama, lebih kurang 100 hari (3 bulan) dan maksud kedua ialah terlalu muda. Jika makan jagung teringat cerita 'Sikit Punya Gila', Allahyarhamah Yusni Jaafar bertukar suara setelah tercekik tongkol jagung.
Sedekah senyuman pun sudah baik, apatah lagi menjamu makanan kepada orang lain atau membelanja orang lain. Jagung bukan sekadar makanan tetapi membuatkan kita teringat akan seseorang. Doakan mereka!

Wednesday, September 18, 2019
Kesan
Ada perkara yang kadang-kadang kita tidak sedar pun berlaku atau kita sendiri sudah terlupa kerana fokus beralih arah.
Tempoh hari, apabila tiba-tiba Adik hilang daripada pandangan, ayah memanggilnya berkali-kali. Adik muncul melalui pintu pagar di luar rumah, apabila ayah memanggil, dia berlari ke arah jalan. Ayah pantas ke luar rumah, mengejarnya yang menuju ke rumah jiran sebelah. Alhamdulillah, masakan ayah tidaklah hangit sepenuhnya, masih boleh dimakan. Pada waktu lain, umi memberi perhatian kepada ayah yang menghalakan telefon pintar tanpa menyedari ada sesuatu di atas kepalanya.
Ada perkara yang kita perasan, ada perkara yang tidak kita perasan, namun kadang-kadang memberi kesan kepada diri kita dan orang lain. Kadang-kadang, perkara itu sekadar menjadi hiburan dan tidak memberikan apa-apa kesan.

Tuesday, September 17, 2019
Kereta Lereng
Dahulu, basikal disebut sebagai kereta lereng. Orang Utara memanggilnya gerek.
Dulu, Jepun bawa slogan Asia Untuk Orang Asia. Tun Dr. Mahathir pula memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur. Rajin orang Jepun selalu disebut. Dalam tempoh yang singkat, mereka kembali sebagai kuasa ekonomi yang besar selepas Nagasaki dan Hiroshima dibom. Tun Dr. Mahathir tahu ada sesuatu yang dapat kita tiru dari Jepun, iaitu sikap rakyat Jepun. Tiru orang sudah berjaya, tiru cara kerja mereka sebab sudah terbukti berkesan.
Dahulu, antara kenderaan yang digunakan orang Jepun untuk menawan Tanah Melayu ialah basikal. Sekarang, sebahagian besar kenderaan dari Jepun juga 'menawan' jalan raya di Malaysia. Kerajinan dan kesungguhan orang Jepun seharusnya menjadi contoh kepada kita.

Sunday, September 15, 2019
Berjaya
Nyanyian allahyarham Sudirman cukup mengesankan.
Aku
bukanlah seorang perwira
gagah meghunus senjata
namun hati rela berjuang
walau dengan cara sendiri
demi cinta ini.
Kita semua ialah perwira, kita semua ialah pejuang. Apa-apa yang kita kerjakan atau apa-apa yang kita lakukan, sedikit atau banyak, tetap memberikan kesan terhadap negara yang kita cintai ini. Jika semua orang bekerja, negara akan berjaya. Jika semua orang saling menghormati, negara akan harmoni. Jika semua orang setia, negara akan sentosa. Jika semua orang berkawan, negara akan aman.
Setiap orang penting untuk negara. Kita semua penting untuk negara. Kita perlu menjalankan tugas masing-masing kerana kita saling melengkapi. Kita semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Malaysia 2019.
Sah
Esok hari Malaysia, 16 September 2019.
Di mana-mana pun kita berada, kita harus bangga menjadi rakyat Malaysia. Orang luar negara pun suka akan negara kita. Ke mana-mana pun kita pergi, kita boleh melihat pelancong luar negara. Kemerdekaan yang kita kecap, keamanan negara antara faktor utama kita menggamit orang lain datang ke Malaysia. Ditambah dengan kepelbagaian bangsa, mewujudkan kepelbagaian seni budaya dan kepelbagaian juadah. Flora dan fauna menjadikan Malaysia pilihan utama untuk dilawati.
Tidak kira siapa kita, dikenali atau tidak dikenali, kita sememangnya warganegara Malaysia yang sah, kita perlu menyayangi dan menjaga negara ini dengan sepenuh hati.

Saturday, September 14, 2019
Ragam
Bersama dengan anak-anak, ragamnya cukup banyak.
Jika waktu makan atau di kedai makan, sentiasa perlu diingatkan supaya tidak ada yang jatuh atau tidak ada yang tumpah. Jika tumpah, umi menghulurkan tisu, adik pun mula mengelap. Jika bermain pun, perlu dipesan selalu supaya berhati-hati. Jika jatuh, bangun kembali. Jika sakit, datang mahu dihembus tempat yang sakit, sambung bermain. Jika terluka sedikit, dibubuh minyak atau dibalut luka, kembali bermain. Jika jatuh dan benjol, jenuh dipaksa untuk dituam dengan ais.
Tugas kita sebagai ibu bapa, sentiasa perlu memberitahu, sentiasa perlu berpesan, sentiasa perlu mengingatkan anak-anak. Emak ayah kita boleh bersabar dengan kita, kita juga sepatutnya begitu.

Friday, September 13, 2019
Merdeheka
Merdeheka atau merdeka sering disebut, sering didengari.
Merdeka diberi makna yang pelbagai mengikut persepsi masing-masing. Sempena Bulan Kemerdekaan, semalam majlis penutupan dibuat. Pelbagai acara dijalankan untuk mengingatkan kita tentang pentingnya kemerdekaan serta mengenang kembali pahit getir dan susah payah generasi terdahulu untuk membebaskan tanah air tercinta ini. Kita sepatutnya mensyukuri dengan nikmat kemerdekaan yang dikecap ini dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkannya. Isnin ini, 16 September 2019, Hari Malaysia.
Insya-Allah, merdeka menjadi milik kita selagi mana setiap orang sedar tanggungjawab masing-masing sebagai seorang rakyat yang berpegang kepada lima prinsip Rukun Negara. Negara yang merdeka, negara berdaulat.
Thursday, September 12, 2019
Antarabangsa
Ayah beritahu Along, jika mahu sekolah di sini, boleh pilih Bahasa Antarabangsa.
Selain belajar bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Along boleh pilih satu bahasa lain. Pilihan yang ada ialah Bahasa Arab, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan Bahasa Cina (Mandarin). Yang mengajar semuanya guru berbangsa Melayu. Umi dulu pun belajar bahasa Perancis. Sekarang pula, zaman K-Pop, ramai anak-anak yang gigih belajar sendiri Bahasa Korea. Jika ada minat, semua boleh jadi, jika tidak, lain jadinya. Jadi terpulang pada Along.
Walau lain bahasa, bahasa komunikasinya tetap Bahasa Melayu. Inilah bahasa penyatuan. Bahasa kita semua.

Wednesday, September 11, 2019
Roti
Alhamdulillah, umi dan anak-anak murid dapat 'Bronze Award' dalam Pertandingan Robotik Adruino/Maker UNO Peringkat Kebangsaan.
Ya, umi bawa balik roti Sweetie, mengembalikan nostalgia di Tanjong Malim. Waktu kecil dulu, petang menjelma, kami menunggu 'Tok Wan' (penjual roti bermotosikal) datang. Dengar bunyi hon, semua menerkam. Anak-anak juga suka roti. Achik boleh menghabiskan dua bungkus roti jagung Gardenia. Sebelum tidur, dia mesti minum milo dan cicah biskut (ayah sebut biskut sebagai roti- loghat Utara). Umi pula suka tabur milo di atas roti paun. Along dan Achik suka juga.
Sepotong roti di tanah merdeka begitu mudah didapati. Sepotong roti di tanah dijajah dijarah, belum tentu dapat dinikmati.

Monday, September 9, 2019
Singkong
Pagi semalam ayah ke sekolah, ada senamrobik dan gotong-royong, pagi ini umi pula ke Kuala Lumpur ada robotik.
Selepas senamrobik, murid-murid makan ubi kayu dan makanan dahulu kala sempena program Bulan Kemerdekaan. Gotong-royong bermula, masing-masing ada kawasan sendiri untuk dibersihkan mengikut tingkatan dan rumah. Sambil bergotong-royong terdengar alunan lagu ''Singkong dan Keju', nyanyian allahyarham Arie Wibowo.
"Aku suka jaipong
kausuka disko o o o
Aku suka singkong
kausuka keju oh oh oh"
Ayah menerangkan kepada anak murid ayah, 'singkong' ialah makanan yang dimakan mereka sebentar tadi. Mereka mula meneka. Dalam bahasa Indonesia, singkong bermaksud ubi kayu (menurut Kamus Dewan Edisi Keempat). Bengkang ubi kayu pun sedap juga.
Bagi orang lama, ubi kayu cukup besar maknanya. Ubi kayu bukan sekadar makanan tetapi menyimpan banyak cerita.
Sunday, September 8, 2019
Lesong
Hari Sabtu, Pertandingan Kawad Kaki Merdeka dan Karnival Bersepadu Unit Beruniform Tahun 2019.
Cikgu Hashim menguruskan pertandingan dan karnival ini. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Ayah jadi Hakim Gajet. Lepas Zuhur ayah ke Petronas, membeli 5 liter minyak petrol dan 5 liter minyak diesel. Satu liter minyak petrol Primax 95 RM 2.08, satu liter minyak diesel RM 2.18. Lepas Asar kami ke KCM. Selepas di MyeongDong Topokki, sempat singgah di Promosi dan Jualan Produk IAT Negeri Pulau Pinang, berlangsung dari 6 hingga 9 September, ayah beli kopi Lesong.
Sebelum 12 tengah malam, ayah dan Achik sudah di sekolah, Pasukan Bomba dan Penyelamat sampai pukul 1 pagi untuk latihan kebakaran. Terima kasih Pasukan Bomba dan Penyelamat Taman Tas.

Thursday, September 5, 2019
Angka Sengketa
Tiga mata penuh, tiga gol, tahniah Harimau Malaya menewaskan Garuda (ejaan sebenar geroda) walaupun terpaksa menaiki Barracuda.
Angka atau nombor dalam perlawanan bola sepak memberikan makna yang besar walaupun perbezaannya hanya angka satu. Angka juga berlegar-legar di sekeliling kita pada setiap detik dan cukup diberi perhatian sewaktu menyaksikan perlawanan bola sepak. Setiap detik melahirkan perasaan yang pelbagai seperti keghairahan, kegembiraan dan kekecewaan. Angka menjadi sangat penting dan membuat sebahagian daripada kita menjadi begitu sensitif dan yang perlu dielakkan ialah hilang kewarasan disebabkan angka.
Beza angka bukan alasan untuk bersengketa. Adat permainan, ada yang menang, ada yang kalah. Dua atau tiga, kita tetap bersaudara, berbicara bahasa yang sama, daripada rumpun yang sama.

Pisau Risau
Kadang-kadang, apa-apa yang kita fikirkan tidak perlu pun kita fikirkan.
Puncanya? Kerisauan menyebabkan kita berfikir perkara yang tidak perlu kita fikirkan.
Kerisauan boleh menimbulkan sesuatu yang positif, tetapi yang paling bahaya apabila sering menimbulkan sesuatu yang negatif. Jika kesihatan yang sering kita risaukan, tindakan yang diambil adalah dengan menjaga pemakanan dan bersukan, itu satu perkara yang baik. Jika kerisauan itu mengganggu kehidupan kita sehingga menganggu kerja kita, kesihatan atau pemikiran kita sendiri, itu cukup berbahaya.
Risau itu seperti pisau. Pisau menghiris buah-buahan, risau menghiris perasaan. Pisau membawamu ke penjara belenggu, risau membawamu ke gunung bersalju.

Tuesday, September 3, 2019
14
Tahniah kepada Profesor Dr. Siti Zainon Ismail yang telah dinamakan sebagai Sasterawan Negara ke-14.
Dalam buku beliau '100 Malay Proverbs, Pepatah Petitih Melayu', ada peribahasa 'burung terbang dipipiskan lada'. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pipis bermaksud sudah dilumatkan (dihaluskan). Memipis ialah melumatkan atau menghaluskan (lada, rempah dan lain-lain) dengan batu giling dan lain-lain. Ayah pun tidak tahu ke mana menghilangnya batu giling di rumah nenek, salah satu aktiviti waktu kecil, melihat nenek memipis lada.
Setiap hari kita dapat belajar sesuatu daripada orang lain, sama ada melalui penceritaan atau penulisan mereka. Luangkan sedikit masa untuk membaca walaupun hanya satu muka. Surah Al-Alaq adalah untuk kita.

Hakikat
Esok UPSR. Banyak murid berdebar, begitu juga emak dan ayah. Semoga anak-anak tenang menjawab, emak ayah juga tenang menunggu.
Menjalani kehidupan, setiap hari kita diuji dengan pelbagai dugaan, tidak kira kecil atau besar. Dugaan sentiasa menduga kita tanpa dipinta. Benar sekali kata peribahasa, berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin kadang kala kita membandingkan ujian yang kita dengan ujian yang diterima orang lain, namun itu yang kita hanya nampak pada mata kasar, kita tidak nampak semuanya.
Hakikat kehidupan, semua manusia pasti diuji. Mahu atau tidak mahu, kita kena menerima dan perlu meneruskan hidup.

Monday, September 2, 2019
Orang
"Biar jadi orang," itu orang dulu-dulu selalu sebut apabila menyerahkan anak kepada guru untuk dididik.
'Biar jadi orang' ini mendalam maksudnya. Ibu bapa zaman dahulu bukan setakat menyerahkan anak, ada yang menyerahkan 'rotan' sekali kepada guru. Ibu bapa mahu anak-anaknya berbudi pekerti, berperangai elok seperti menghormati orang tua. Perangai diutamakan, perangai molek, Insya-Allah, pandai pun bergolek datang. Tidak kiralah akhirnya kerja apa-apa pun,
apabila besar diharapkan menjadi orang yang berguna untuk agama, bangsa dan tanah air serta tidak menyusahkan orang lain.
Orang-orang atau orang-orangan pun ada gunanya, apatah lagi orang seperti kita yang dibekalkan akal untuk berfikir dengan waras.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Raikan
Menjelang hari raya, akan ada beberapa aktiviti telah disusun dan kebiasaannya menjadi acara wajib sebelum raya. Khamis 27 Mac, Majlis ...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...