Minggu-minggu penyesuaian diri masih berlaku bagi anak-anak prasekolah yang sudah naik darjah satu dan bagi anak-anak tingkatan satu yang baru tinggal di asrama.
Ada sahaja yang berlaku. Stoking terlupa dipakai dan semalam along, angah dan ayah mencari beg angah tetapi tidak ada di dalam kereta. Tengah hari tadi, dia menggalas begnya. Katanya, dia terlupa. Semalam, dia letak begnya di tepi tangga berhampiran kelas along. Beberapa hari sebelumnya, dia menggalas beg kelas petang ke kelas waktu pagi. Begitu juga achik yang ceria waktu petang dan paginya masih dicempung ayah dan mula sedih apabila hampir sampai di sekolah.
Penyesuaian itu memerlukan sedikit masa dan apabila telah menjadi rutin, Insya-Allah segalanya akan berjalan dengan lancar. Jika tidak, anggaplah itu ujian untuk meningkatkan kesabaran kita.

No comments:
Post a Comment