Melangkah kaki ke kedai haiwan peliharaan, kami melalui 'Lebai Ali Food Street', kawasan tempat persinggahan burung merpati.
Achik mengejar burung-burung merpati dan burung-burung itu terbang lalu hinggap beratur di atas tali elektrik. Dia tersengih. Dia bukan boleh duduk diam. Apabila kita memandang ke atas, akan nampaklah mural besar gambar salah seorang pahlawan yang mempertahankan tanah air tercinta, iaitu Mat Kilau. Sudah sampai masanya kita bersatu dalam apa-apa isu yang melibatkan agama, bangsa dan tanah air kita walau berbeza ideologi politik. Lihat merpati terbang sekawan, walaupun tak sama kumpulan, tetap bersama-sama berkongsi makanan.
Sama-samalah kita ingat pesan pahlawan kita, Mat Kilau,"Jaga agama, jaga keluarga, jaga negara. Jangan sampai bangsaku tiada negara!"
Translate
Saturday, January 19, 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senja Pulang
Kuterpegun di jendela, Bila hujan gerimis senja, Tak kulihat di hadapanku, Diriku dalam lamunan. Sedikit petikan 'Gerimis Senja'...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment