Translate

Tuesday, January 29, 2019

Palestin

Aku mencari di mana Palestin?
Yang darahnya mengalir
sepanjang detik
nadi bergerak.
 Yang nyawanya
bagai tiada harga
dicabut diragut
sesuka hati.
Aku mencari di mana Palestin?
Yang siang dan malamnya
bagaikan hamba abdi
sengsara di rumah sendiri.
Aku mencari diriku sendiri
dan mahu bertanya
ke manakah aku
ketika namamu Palestin
dilenyapkan
di dalam lembaran
peta bumi ini?

29 Januari 2019








No comments:

Terbaik

Sewaktu Ayah singgah di bilik rehat lepas balik dari kantin hari ini, Cikgu Aidil sedang menghadap komputer riba sambil melagu, "Buat b...