Rasa mahu kembali ke kampung dan menjadi budak semula setelah melihat gambar Muhammad Syukur dengan kerbau, lembu dan kambing di Kampung Kubang Bujuk.
Maka, hari ini pun ayah pun bersemangat menyapu daun-daun kering sepertimana selalu dibuat di kampung. Walaupun di kampung tidaklah bermain dengan kerbau, lembu dan kambing, ayam dan arnab sebahagian daripada kehidupan. Aktiviti sepenuhnya melibatkan alam semula jadi, panjat pokok, kejar ayam, jerat burung, main perang-perang dan macam-macam lagi.
Salah satu gambar yang ayah suka apabila Muhammad Syukur bertentang mata dengan kambingnya. Petang ini pula, umi bertentang mata dengan ikan celup tepung nasi kerabu Mek La dan nasi kerabu ayah berlaukkan udang celup tepung.
Translate
Saturday, January 12, 2019
Kubang Bujuk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment