Alhamdulillah, setelah empat hari di wad, Achik dibawa balik Umi petang semalam. Terima kasih Umi.
Sampai sahaja, dia duduk mencapai buku. Rindu pada buku gamaknya. Ayah dan umi lupa bawa buku untuknya semasa di wad. Walaupun tak pandai membaca, dia menyelak-nyelak komik seperti sedang membaca. Apabila masuk hospital, kita boleh nampak begitu sabar jururawat dan doktor melayan kerenah pesakit. Satu kerjaya yang mulia. Terima kasih kepada jururawat dan doktor di DMMC dan di mana-mana yang bergelar doktor dan jururawat.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan Achik. Petang tadi ayah bawa Achik dan Adik singgah ambil angin di Pantai Kempadang selepas balik dari klinik dan Achik gembira bertemu Syasha kembali.
Translate
Friday, January 11, 2019
Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senja Pulang
Kuterpegun di jendela, Bila hujan gerimis senja, Tak kulihat di hadapanku, Diriku dalam lamunan. Sedikit petikan 'Gerimis Senja'...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
2 comments:
alhamdulillah...
#jmbelog
Alhamdulillah...
Post a Comment