Pagi ini hujan baru berhenti. Oren yang dah ayah angkat dan letak ke bawah, naik lagi ke atas riba ayah.
Hujan turun semula. Sempat sekejap ayah mencangkul setelah lama tidak menangkul. Batang cangkul pun dah dimakan anai-anai. Walaupun kecil, keupayaan dan ketekunannya tidak dapat disangkal. Semalam ayah dan along masih menghalau kambing terbiar yang semakin rakus nampaknya mahu menyelongkar sampah-sampah yang dilonggokkan sementara menanti diambil lori sampah. Oren masih di tepi ayah, menjilat-jilat bulu membersihkan diri dan sesekali menggigit manja (ayah tidak pasti istilah yang tepat untuk perbuatan itu) dirinya.
Oren datang dekat memanjat kerusi dan merenung ayah. Ayah membalas renungannya. Peribahasa Inggeris menyatakan bahawa di mata seekor kucing, semua benda ialah milik mereka (Mutiara Kata, susunan Adi Alhadi).
Translate
Monday, November 26, 2018
Renung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment