Musim cuti sekolah disambut musim peperiksaan SPM dan STPM, musim hujan, musim demam dan musim orang kahwin.
Angah nampak dah baik, achik pun nampak makin baik, adik pula baru mula demam. Umi cakap adik demam nak dapat sesuatu, mungkin demam nak berjalan atau nak dapat mulut. Yang selalunya, demam nak tumbuh gigi. Kalau dah demam, duduk dalam rumah sajalah dan ditambah pula hujan turun. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, demam puyuh bermaksud demam pura-pura (bukan sebenarnya demam).
Sudah duduk di dalam rumah, satu perkara ayah dan umi tak faham, along, angah dan achik boleh bersepakat dan duduk diam tengok video pemain permainan video Indonesia berceloteh sambil bermain permainan video dalam 'Youtube'.
Translate
Sunday, November 25, 2018
Celoteh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment