"Kenapa lagu ni membebel sangat?" kata angah setelah mendengar lagu rancak Inggeris yang bergenre rap.
Sebut sahaja pasal lagu, macam- macam lagu ada. Malam tadi, kami dihidangkan dengan lagu Hindustan. Walaupun pun ayah tak faham, lagunya tetap mengasyikkan. Lagu yang mempunyai makna atau mesej yang kuat melalui pemilihan kata-kata puitis yang disusun indah dapat menusuk ke kalbu dan terus hidup dalam jiwa. Jika tidak, masakan anak-anak zaman sekarang turut menggemari lagu seperti Suci Dalam Debu yang dicipta S. Amin Shahab, nyanyian allahyarham Saleem.
Sungguh mengundang nostalgia zaman belajar dahulu dengan lagu-lagu Hindustan pertengahan tahun 1990-an sehingga awal tahun 2000. Banyaklah kenangan bangkit setelah ayah bertemu kawan zaman sekolah, Cikgu Sasi di majlis bertemakan Bollywood.
Translate
Friday, November 2, 2018
Hidup
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment