Cuba ingat, bilakah kali terakhir kita beratur? Ada tempat yang memerlukan kita beratur. Ada tempat, kita perlu menunggu nombor giliran sampai.
Jarak dari rumah ke sekolah menengah semasa ayah bersekolah dahulu ialah 12 kilometer dan kena naik bas. Waktu pergi, Alhamdulillah dapat duduk. Waktu balik berebut-rebut, jarang sangat dapat duduk, lebih banyak berdiri. Kadang-kadang, lebih rela berdiri sebab malas nak berebut-rebut. Berebut-berebut pun boleh jadi punca gaduh. Dekat kantin pun berebut-rebut. Letih cikgu disiplin nak tunggu setiap kali waktu rehat sebab nak pastikan semua beratur. Dah berebut, kadang-kadang makanan tumpah terlanggar atau dilanggar pelajar lain.
Jika kita sudah mula beratur di mana-mana sahaja seperti di pasar raya, makin cepatlah negara kita menjadi maju kerana perangai wajib 'maju' terlebih dahulu.
Translate
Saturday, November 10, 2018
Maju
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment