Semalam angah pergi rombongan tengok gajah dan rusa. Suka dia sebab dapat bagi rusa dan gajah makan.
Hari sebelumnya, hari lahir dia. Dia nak makan kek. Dia tanya ayah hadiah apa nak bagi. Ayah cakap ayah cium, peluk dan dukung atau 'kokkong' dia. Sikit sangat hadiah katanya dan dia mahu hadiah lain juga. Tahun lepas, pada kek salah tulis umur sebab ayah beritahu umur yang salah kepada pekerja kedai kek dan tahun ini umi yang pergi beli kek😂. Umi beli kek campur-campur, boleh rasa macam-macam rasa.
Alhamdulillah, beruntung kita yang masih dapat menyambut hari lahir pada tarikh yang sama setiap tahun. Yang lahir tahun lompat, jenuh juga nak menunggu tarikh yang sama empat tahun sekali. Selamat hari lahir angah.
Translate
Sunday, November 18, 2018
Lompat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermakna
Hari terakhir 2025, apakah yang sedang anda lakukan, fikirkan dan renungkan? Tika ini, pasti sedang kita lakukan sesuatu, itu tandan...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Mandi masih menjadi isu besar bagi sesetengah anak-anak, tambahan pula cuti sekolah. Seperti biasa, ada masanya ada menangkap dan me...
No comments:
Post a Comment