Juara Lightweight Dunia, Khabib Nurmagomedov menewaskan Conor McGregor pada 6 Oktober 2018. Masih hangat tentang kejadian yang berlaku.
Hari ini pula, kawan ayah, Cikgu Yusran mengepos tentang uniknya tarikh hari ini yang jika dibaca dari belakang pun masih sama, 8/10/2018. Tahun lepas, pada tarikh hari ini, harinya ialah Ahad kerana 'Facebook' telah melakukan imbas kembali untuk ayah. Hari ini ayah mengikut umi membawa adik ke klinik untuk dicucuk. Sebenarnya agak lama tidak dapat ikut sekali kerana bertembung dengan kelas petang. Klinik 1Malaysia pun sudah lama pindah ke situ.
Alhamdulillah, adik tidak menangis dan kami terus ke Pantai Kempadang. Ayah tapau lempeng. Sesuai benar dengan cuaca hujan rintik-rintik. Sambil makan lempeng kelapa panas, baca tentang Khabib yang pentingkan agama. Pesannya, "Jangan tinggal solat!"
Translate
Monday, October 8, 2018
Solat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menginjak
Hari ini sudah 22 Jun. Ahad lepas, 15 Jun Hari Bapa. Seminggu yang berlalu banyak yang terjadi. Sabtu minggu lepas, 14 Jun ada Ka...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
Ada empat maksud tongkol dalam Kamus Edisi Keempat. Salah satu maksud tongkol ialah tempat butir-butir jagung tumbuh atau mel...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment