Minat memadamkan penat. Kalau sudah minat, tidak mengira masa, siang atau malam, tidak mengira tempat, Timur atau Barat, tidak menjadi masalah.
Masalah minat ialah tidak semua orang boleh memahami minat seseorang tetapi setiap orang ada minat tersendiri. Minat boleh membuatkan kita memperuntukkan masa berjam-jam lamanya melakukan sesuatu perkara yang kita suka. Ayah boleh duduk berjam-jam membaca buku, itu meralitkan ayah. Ada orang pantang cuti pergi berjalan, ada orang boleh duduk berjam-jam membasuh kereta dan mengilatkan kereta, ada orang boleh duduk diam menyusun Lego yang kecil dan ada seribu macam lagi minat.
Petang semalam, sempat ayah tengok sahabat ayah, Encik Dinizar, panggilan mesranya Ja, ralit menguruskan kolam hiasan di depan makmal. Nak tahu banyak pasal ikan hiasan boleh tanya Ja.
Translate
Tuesday, October 30, 2018
Minat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Amati
November Bulan Keluarga Kebangsaan, tapi ada lagi yang lain. Hari Lelaki Sedunia jatuh pada hari Selasa, 19 November, Khamis, 21 November Ha...
-
Baulu atau bahulu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ejaannya BAULU. Baunya pun dah sedap. Rasanya sudah tentu sedap.Baulu memang sedap. Berta...
-
'Di sini Pemimpin Dilahirkan', Ayah terbayang-bayang perkataan ini, tertulis di atas bumbung bangunan di bahagian tangga utama untuk...
-
Hari ini apabila ayah mendukungnya, adik bau mentega kacang. Dia bukan boleh tengok mentega kacang, diambil sudu dan dijilat mentega k...
No comments:
Post a Comment